Senin, 30 Maret 2009

PAS sumbang RM5,000 , hadiah dinar emas kepada pasangan pengantin
Ditulis oleh Administrator
Isnin, 11 Disember 2006

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Biarpun rumah dan perkampungan mereka telah musnah 'diratah' pihak berkuasa, satu majlis perkahwinan sepasang pengantin diadakan dengan penuh meriah di Kampung Berembang, Ampang dekat sini semalam.

ImageNorhasliana Osman, 22, dan pasangannya Hanafi Baginda Karek, 24, yang diijabkabulkan tiga minggu lalu, telah diraikan dalam satu majlis perkahwinan dengan sokongan dan bantuan daripada penduduk kampung, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat daripada Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Suaram dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Memeriahkan lagi majlis, kedua-dua mempelai itu yang tiba di pekarangan khemah kenduri kira-kira jam 1.30 petang, diiringi Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan disambut beberapa pimpinan PAS yang tiba lebih awal iaitu Naib Presiden, Dato' Husam Musa, Bendaharinya, Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda, Salahudin Ayub.

Turut kelihatan pada majlis itu Ketua Pemuda KeADILan, Shamsul Iskandar; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua; Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan aktivis masyarakat yang juga koordinator Suaram, S Arutchelvan.

Husam ketika ditemui menyatakan rasa kagumnya dengan semangat kental masyarakat dan penduduk Kampung Berembang yang berusaha mempertahankan kediaman dan surau mereka daripada diroboh biarpun terpaksa berdepan dengan tindakan ganas dan kasar pihak berkuasa tempatan.

"Penderitaan penduduk kampung Berembang ini sangat luar biasa. Biarpun perkampungan di sini telah musnah, majlis yang hari ini menunjukkan penduduk mempunyai semangat dan daya tahan yang tinggi," katanya yang turut menyatakan kehadiran beliau dan rakan pimpinan yang lain adalah untuk memberi sokongan kepada penduduk.

PAS sumbang wang tunai, dinar emas

Wan Azizah yang bersimpati dengan penduduk menegaskan usaha-usaha mempertahankan kampung itu adalah inisiatif para penduduk yang menjadi mangsa dan bukannya atas keterlibatan mana-mana parti pembangkang.

Image"Ada yang menuduh pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu ini sedangkan yang mempertahankan dan cuba menyelamatkan kampung di sini adalah penduduk sendiri," katanya.

Selesai majlis bersantap bersama pengantin, Husam menyerahkan sumbangan PAS berjumlah RM5,000 dalam bentuk wang tunai kepada wakil penduduk, Mishod Mahmud untuk diagihkan serta membeli barangan keperluan penduduk Kampung Berembang yang masih menghuni khemah-khemah sementara di situ.

Beliau turut memberi hadiah kepada pasangan pengantin tersebut (GAMBAR) berupa sekeping dinar emas Kelantan untuk setiap seorang. Difahamkan nilai sekeping dinar emas tersebut pada harga pasaran semasa RM350.

Norhasliana ketika ditemui menyatakan rasa terharu dan gembira dengan kehadiran orang ramai dan tetamu terhormat daripada PAS dan KeADILan yang sudi memberi sokongan kepadanya termasuk penduduk kampung yang menjadi mangsa tidak berperikemanusiaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Pengantin dibelasah sehingga pengsan

Dalam kejadian perobohan, Norhasliana yang dibelasah oleh penguat kuasa MPAJ pengsan dua jam dan dikejarkan ke hospital swasta berdekatan.

Katanya, dia akan menyaman dan membawa kes tersebut ke mahkamah tidak lama lagi.

"Sehingga hari ini saya masih trauma dan tertekan di atas apa yang berlaku.

"Kita ada bukti, video yang menunjukkan penguat kuasa MPAJ bertindak ganas, malah saya sendiri cam muka mereka.

"Setelah bukti semua cukup, kita akan arahkan peguam untuk menyaman dan membawa kes ini ke mahkamah," katanya.

Suaminya, Hanafi, yang turut berada pada masa kejadian MPAJ meroboh kediaman dan surau Kampung Berembang kesal dengan tindakan ganas ke atas isterinya.

"Saya marah sangat pada waktu itu dan menjadi risau apabila mendapat tahu isteri saya koma di hospital," katanya.

"Alhamdullillah, saya kini masih bersama dia dan apa jua kesusahan kami akan harungi bersama," katanya.

Pasangan pengantin kemudiannya menuju ke rumah keluarga mereka yang bersebelahan Surau Ar-Rahmaniah yang telah diroboh pada 30 November yang lalu sambil singgah sebentar di khemah-khemah penduduk di situ untuk beramah mesra.

Kelihatan walaupun surau tersebut roboh dan musnah, penduduk di situ mendirikan semula pondok sementara untuk penduduk menunaikan solat secara jemaah yang boleh memuatkan kira-kira 10 orang.

Majlis perkahwinan itu telah diadakan secara bergotong royong dengan bantuan semua penduduk Kampung Berembang, aktivis masyarakat dan orang awam yang bersimpati dengan pendudk di situ.

Pesta Hak Rakyat

Menurut seorang penduduk yang tidak mahu dikenali, jemputan dan masakan untuk majlis perkahwinan ini adalah dianggarkan untuk lebih 1,000 orang dan antara masakan yang dihidangkan ialah nasi minyak, ayam masak merah, daging masak kurma, gulai kari dan jelatah nenas.

ImageKelihatan pada waktu majlis tersebut berlangsung kira-kira 500 orang memenuhi ruang dalam dan luar lima khemah.

Turut didirikan ialah tiga khemah kecil bersebelahan majlis kenduri kahwin tersebut yang digunakan oleh Jerit, GMI dan Suaram untuk menjual VCD 'Tragedi Kampung Berembang', risalah dan gambar-gambar berkaitan Hak Asasi Manusia.

Sebelum itu, pada paginya telah berlangsung 'Pesta Hak Rakyat' yang dianjurkan oleh Jerit, Suaram, GMI dan parti Sosialis yang mengadakan pelbagai persembahan antaranya mendeklamasikan dekrasai hak rakyat.

Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum pada majlis perkahwinan itu jelas membuktikan sokongan dan bantuan yang melimpah ruah diberikan kepada penduduk Kampung Berembang.

Dihalau setelah menetap 46 tahun

Seorang penduduk yang sudah menetap di situ sejak 46 tahun yang lalu memberitahu bahawa walaupun kediaman telah dimusnahkan, beliau masih tinggal di khemah sementara yang didirikan di Kampung Berembang.

"Masa 13 Mei dulu, kampung ini sudah ada. Hari ini... dihalau pula, mana saya nak duduk?" katanya.

"Terpaksalah tinggal dalam khemah ini. Malam memang tak boleh tidur, dihurung nyamuk saja," katanya yang juga bertugas sebagai kakitangan kerajaan berpangkat rendah.

Rakannya yang juga tukang masak untuk majlis perkahwinan tersebut, menyatakan kesal dengan tindak-tanduk kerajaan yang tidak langsung mengendahkan nasib mereka.

"Sediakanlah tempat duduk dulu, barulah kami boleh berpindah. Ini tidak halau kami begitu saja setelah duduk berpuluh tahun di sini," katanya.

"Lepas tu tuduh kami sokong pembangkang pula. Nak buat macam mana...kerajaan dah tak tolong. Yang datang bagi sokongan dan pertolongan ialah pembangkang," katanya. - lanh

aku dan semua

Penderitaan Rakyat Birma (Myanmar) dan Bisnis AS

Assalamu’alaikum wr.wb.,

Apakah bisnis sudah cukup sebagai alasan untuk tidak peduli pada nilai-nilai demokrasi? Para pemimpin AS berbicara tentang demokrasi seakan-akan mereka peduli. Tetapi apakah mereka lebih peduli pada demokrasi atau bisnis?

Ternyata para jenderal yang menguasaikan Birma dalam sebuah junta militer mendapatkan uang dari beberapa sumber. Ekomoni negara rusak, jadi untuk mengaji prajurit yang menyiksa para biksu harus ada sumber uang yang jelas, karena pajak dari rakyat tidak seberapa. Dari mana mereka bisa mendapatkan uang? Ada dua sumber yang kurang dibahas di media massa.

Sumber uang pertama: uang dari hasil penjualan gas dan minyak bumi. Gas dan minyak bumi ini diekspor lewat Thailand. Yang mengerjakan? Perusahaan Chevron (dari AS) dan Total (dari Perancis). Dan siapa yang pernah menjadi anggota BoD Chevron: Condalisa Rice, Menlu AS sekarang. Apakah Condi dan George Bush mau mengambil tindakan yang akan menghancurkan profit tinggi bagi kawan-kawan mereka, walaupun uang dari usaha itu memberi dukungan nyata pada para jenderal Birma? Sepertinya mereka tidak mau.

Berapa banyak jumlah uang tersebut? Pada tahun 2006, hasil dari proyek gas bumi saja adalah $US 2,16 milyar. Dan seluruhnya dilarikan ke para jenderal/pemerintah. Kalau uang sebanyak itu adalah pemasukan buat para jenderal, kira2 profit bagi Chevron dan Total berapa? Untuk hasil minyak bumi tidak disediakan datanya.

Pipa gas yang menyalurkan gas ke Thailand untuk diekspor sudah ketahuan dibuat dengan “slave labor” – rakyat biasa yang dipaksakan kerja, seakan-akan “budak” milik pemerintah. Selamat bagi Chevron, pasti sangat baik bagi profit perusahaan bila infrastuktur dibuat oleh budak2 Birma.

Para perusahaan di AS dilarang berdagang dengan Birma, disebabkan sangsi dari Deplu AS. Tetapi ada satu pengecualian. Untuk siapa? Ternyata hanya Chevron yang dapat izin beroperasi di Birma! Enak kali ya!

Sumer uang kedua: penjualan batu permata seperti mirah/merah delima (ruby) dan safir (sapphire). Ternyata 90% dari semua batu merah delima yang dijual di seluruh dunia berasal dari Birma. Tentu saja para jenderal menguasaikan produksi batu berharga ini karena pemilik saham mayoritas dalam semua perusahaan pertambangan merah delima adalah… para jenderal.

Walaupun ada larangan juga bagi para pembeli batu permata AS untuk membeli batu merah delima dari Birma, larangan tersebut hanya berlaku bagi batu yang dibeli langsung dari Birma. Supaya larangan ini menjadi tidak efektif, hampir semua batu merah delima dari Birma diekspor ke Thailand terlebih dahlulu untuk diperhalus (polished). Lalu, dari Thailand, dijual lagi ke AS, Inggris dan Eropa tanpa kena sangsi, dan digunakan untuk membuat perhiasan dan cincin. (Kalau anda melihat orang kaya di Indonesia yang menggunakan batu merah delima dalam perhiasannya, kemungkinan besar mereka sudah membantu jenderal Birma tetap berkuasa dengan pembelian merah delima itu, tanpa sengaja tentu saja).

Apakah AS, Inggris dan Eropa benar-benar akan peduli pada rakyat yang menuntut kemerdekaan dan kebebasan kalau tuntutan tersebut akan merusak profit bagi perusahaan2 terbesar mereka yang juga sangat dekat dengan para Presiden dan pejabat-pejabat lainnya? Mereka itu hanya bisa menang dalam pemilu karena ada sumbangan besar dari bisnis-bisnis tersebut. Jadi pada saat rakyat Birma teriak minta tolong, pejabat AS dan kawan-kawannya di negara barat harus memilih: bantu rakyat yang tertindas, atau menjaga profit dari perusahaan multi-nasional yang mendanai mereka supaya menang dalam pemilu.

Kira kira yang mana yang paling utama? Kemerdekaan atau profit? Nilai-nilai kebebasan dan demokrasi atau atau nilai-nilai kapitalisme?

Hmmmmm….. ternyata….uang, profit dan kapitalisme menang. Wahai para jenderal, silahkan menindas biksu dan rakyat kecil terus. AS tidak akan intervensi demi “demokrasi”. (Kecuali ada yang mau bayar, tentu saja). Dan stok minyak bumi di Birma tidak seberapa dibandingkan dengan Iran. Jadi, lebih baik AS menyerang Iran untuk “menyebarluaskan nilai-nilai demokrasi” (seperti yang sedang dilakukan di Iraq, menurut mereka) daripada membantu kaum yang sudah menuntutnya di Birma.